
Jom sertai kelab We@Paksi !
Syarat-Syarat Keahlian We@Paksi :
1. Setiap ahli dikenakan yuran keahlian sebanyak RM 10 untuk tempoh keahlian selama 3 tahun.
2. Setiap kad yang hilang, RM 5 akan dikenakan bagi mendapatkan kad keahlian yang baru.
3. Keahlian hanya diterima dengan mengisi borang keahlian paksi yang sah.
4. Pernah mengikuti sekurang-kurangnya sekali program anjuran Paksi Training.
5. Keahlian terbuka kepada semua dengan tiada had umur, status dan lain-lain.
Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli We@Paksi :
i. Setiap ahli yang berdaftar akan dibekalkan sekeping kad keahlian yang sah laku sepanjang tempoh keahlian.
ii. Kad keahlian ini memberi banyak kelebihan antaranya :
a) Mata bonus diberikan setiap kali menghadiri program yang dianjurkan oleh Paksi Training sebagai peserta atau urusetia.
b) Mata bonus ini akan menentukan tahap komitmen keahlian (Loyality Membership) bagi satu-satu tempoh keahlian yang membolehkan ahli menerima ganjaran yang ditetapkan.
- Tahap Komitmen Keahlian adalah seperti berikut :
* Keahlian Gangsa – 25 mata bonus terkumpul
* Keahlian Perak – 50 mata bonus terkumpul
* Keahlian Emas – 150 mata bonus terkumpul
* Keahlian Platinum – Melebihi 300 mata bonus terkumpul
c) Ahli akan mendapat diskaun 10% yuran penyertaan program apabila mempamerkan kad keahlian ini.
d) Ahli akan mendapat diskaun sehingga 20% bagi setiap pembelian cenderamata Paksi Training dengan hanya mempamerkan kad keahlian ini.
iii. Setiap ahli juga akan sentiasa dihubungi dan diberitahu sebarang promosi aktiviti atau program anjuran PAKSI yang bakal diadakan.
iv. Ahli juga akan sentiasa dijemput untuk sebarang aktiviti atau program yang diadakan khusus untuk merai ahli-ahli yang komited bersama We@Paksi.
Penyerahan Borang :
Sila serahkan borang keahlian semasa program paksi
Klik sini untuk memuat turun borang daftar ahli.



